Tuah kaki seorang lelaki – SIAPA menyangka hanya dengan membeli peti sejuk terpakai dalam talian, seorang lelaki menjadi ‘orang kaya baru.’
Seorang lelaki di Korea Selatan diibaratkan menerima ‘durian runtuh’ apabila menemui sejumlah wang tunai yang tersangkut pada bahagian bawah peti sejuk terpakai yang baru dibelinya.
Dia menemui wang berkenaan apabila sedang membersihkan peti sejuk berkenaan.
Jumlah wang yang ditemuinya bukan sedikit, bahkan bernilai 110 juta won Korea atau hampir RM400,000!
Bersikap jujur, lelaki itu segera melaporkan kejadian itu kepada polis pada 6 Ogos. Susulan laporannya, siasatan dilancarkan.
Wang yang ditemui adalah bukan wang kertas baharu. Sebaliknya ialah wang kertas yang telah digunakan. Ia dibalut dengan plastik sebelum ditampalkan pada bahagian bawah peti sejuk berkenaan.
Polis mengatakan mereka menyimpan wang tunai buat sementara waktu.
Mereka yang terlibat dalam transaksi jual beli peti sejuk tersebut iaitu penjual dan penghantar adalah mereka yang disiasat.
Lihat klip dibawah:
Seorang pegawai polis, ketika bercakap dengan MBC News, mengatakan kes itu “tidak masuk akal” kerana melibatkan jumlah wang yang besar.
Memetik Allkpop, undang-undang barang hilang dan ditemui negara itu menetapkan wang yang ditemui akan menjadi milik orang yanng menemuinya sekiranya pemilik tidak muncul membuat tuntutan dalam tempoh enam bulan.
Sekiranya perkara itu berlaku nanti, lelaki berkenaan hanya perlu membayar cukai 22 peratus ke atas wang yang dijumpainya.
Sebaliknya, sekiranya pemilik asal wang itu ditemui, lelaki berkenaan akan diberi pampasan sebanyak lima hingga 20 peratus dari jumlah tersebut.
Undang-undang juga menyatakan bahawa jika wang yang dijumpai berkaitan dengan jenayah, wang tersebut akan dipindahkan ke dalam dana negara.
Baca Lagi: “Comelnya Liza Hanim Tidur..” – Netizen
Baca Lagi: “Sahabat pasti kenal sangat sahabatnya..” – Netizen terpukau dengan suara padu Naqiu
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sinarplus