“Congratulation…ingat lesen tak boleh ganti tangan kaki dan nyawa…😏😏”
Apabila sudah mencapai had umur mencukupi atau selesai tamat persekolahan, perkara pertama yang pastinya menjadi keterujaan remaja kini adalah untuk mendaftarkan diri ke pusat latihan memandu bagi mendapatkan lesen kenderaan.
Semestinya menghadapai peperiksaan atau ujian merupakan sebuah kaedah untuk mengukur sesuatu potensi atau tahap kelayakan seseorang.
Oleh itu pepatah ada menyebut “sesiapa yang menanam, maka dia akan menuai hasilnya kelak”, setiap imbuhan yang diperoleh bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.
Namun beralih ke perlakuan diri yang tidak baik, jika bertindak untuk meniru dalam peperiksaan atau mungkin juga hanya berniat melakukan hal buruk itu maka hasilnya dikatakan tidak memperoleh keberkatan.
Memuat naik gambar di laman Instagram, penyanyi muda Iman Troye dipersoal oleh peminat setelah berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan tulisan nota di tapak tangan, sewaktu hendak menduduki ujian memandu.
Caption:
“3/5/2021 – i requested to take a selfie to show my parents about my new achievement! yes guys, I passed my driving test! 😭❤️ slide left to see some random pictures! …”
Walau bagaimanapun, Iman Troye ada membuat penjelasan bahawa nota yang ditulis itu telah dipadam ketika ujian memandu bermula.
Tidak dapat dinafikan, perasaan gemuruh dan gementar pasti dirasai oleh sesiapa sahaja yang bakal menjalani ujian praktikal, bagi memperoleh kelayakan lesen memandu.
Hal itu turut dirasai oleh penyanyi muda ini, namun disebabkan gelaran sebagai selebriti, stigma menerima layanan istimewa atau “double standard” telah dilemparkan kepada beliau meskipun menerima lesen dengan hasil usaha sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa dakwaan yang tidak sedap dibaca ditinggalkan hanya disebabkan perkongsian nota tangan tersebut.
Meskipun isu double standard hangat diperkatakan di seluruh media sosial, namun bukan lah semua kejayaan yang diperoleh dan dikecapi oleh mana-mana selebriti merupakan hasil ‘pilih kasih’ daripada pihak berkuasa.
“( i tulis kat tangan sebab takda buku, don’t worry before test i basuh >_
Biarpun, menerima beberapa komen negatif namun masih ada yang memuji sikap peramah penyanyi ini ketika berada di khalayak umum.
Syabas Iman Troye! Lepas ni boleh la bawa ibu dan ayah jalan-jalan ye, tapi ingat sekarang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi masih belum boleh ke mana-mana, apa-apa pun hati-hati ketika memandu ok!
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuradi
Instagram: Iman Troye
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.hotfm.com.my/