Home Petua Tips Mahathir M4rah, Dua Kali Mukhriz ‘Tumb4ng’ Sebagai MB Kedah

Mahathir M4rah, Dua Kali Mukhriz ‘Tumb4ng’ Sebagai MB Kedah

470
0

Kehadapan Tun Mahathir,

Tadi saya terbaca karangan panjang Tun mengatakan bahawa orang-orang Melayu begitu takut kepada D4P.

Di samping mempertahankan D4P, Tun juga kata bahawa D4P tidak akan mengh4ncurkan Melayu tetapi Melayu akan h4ncur jika memilih Najib sebagai pemimpin.

Tun juga memanggil pelbagai nama m4kian dan keji4n kepada Najib seperti peny4ngak, peny4mun, klept0krat dan sebagainya dan menggelar orang-orang Melayu yang menyokong Najib (dan tidak menyokong D4P) sebagai b4cul.

Sebenarnya, apabila seseorang m4ngkeji orang dengan ayat-ayat m4kian seperti di atas, ia menggambarkan sahsiah orang yang m4ngkeji tersebut dan bukannya orang yang dik4ji.

Dan walaupun pemimpin-pemimpin D4P ada yang terpalit dengan sk4ndal rasu4h yang besar namun Tun tidak endahkan hal itu malah melepaskan mereka begitu sahaja.

Bercanggah dengan apa yang Tun katakan, orang-orang Melayu tidak t4kut kepada D4P, sebab itu mereka berani tinggalkan D4P dan buang mereka (DAP) dari kerajaan.

Ini adalah walaupun orang-orang Melayu tahu bahawa D4P mempunyai jaringan taikun-taikun perniagaan dan ekonomi yang besar yang boleh menjaga temb0lok segelintir orang-orang Melayu yang berkepentingan ataupun menjatuhkan mereka.

Nasib baik masih ramai pejuang-pejuang orang Melayu yang ikhlas yang bukan berjuang untuk temb0lok sendiri.

Orang-orang Melayu yang menentang perbuatan dan h4sutan-h4sutan di atas tersebut tidak bacul, malah sebaliknya orang-orang yang membiarkan sahaja perkara-perkara di atas berlaku di bawah batang hidung mereka itulah sebenarnya yang bacul.

Dan amat mengecewakan orang-orang Melayu apabila orang yang tidak berani tinggalkan D4P adalah Tun.

Mungkin sebab kroni-kroni yang menjaga kepentingan Tun adalah taikun-taikun yang sama yang menyokong D4P.

Tun juga kata British tidak pernah menawan Tanah Melayu malah orang-orang Melayu kononnya yang telah menjemput British untuk menjadi penasihat mereka.

Kenyataan Tun ini bukanlah fakta kerana orang-orang Melayu tidak pernah menjemput British untuk menjajah mereka mahupun menjadi sebagai penasihat.

British telah datang dengan kapal perang dan meriam dan berunding dengan Belanda untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka (British) tanpa dijemput oleh orang-orang Melayu.

Tun juga kata bahawa kita telah memboikot barangan British dengan kempen “Buy British Last” pada tahun 1981 apabila Tun menjadi Perdana Menteri kononnya kerana British telah terbangkan pesawat Concorde di ruang udara tanpa izin Malaysia.

Namun ini bukanlah sebab dan fakta sebenar kerana apa yang Tun tidak beritahu ialah pada masa yang sama ketika itu Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun telah mengalami kerugian sebanyak beratus-ratus juta ringgit akibat kegagalan “perjudian” spekulasi harga bijih timah oleh Tun di London Metal Exchange kerana tindakan yang diambil oleh kerajaan British apabila mereka percaya yang Tun cuba menipu mereka dengan spekulasi harga hadapan bijih timah.

Walaupun ianya salah Tun, Tun marah kepada mereka dan memboikot barangan mereka.

Dan apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah pada tahun 1997-1999, Tun cepat menyalahkan penyangak matawang yang telah menyerang sistem kewangan negara.

Namun apa yang Tun tidak beritahu ialah mereka telah menyerang kerana sistem kewangan negara yang lemah di bawah pentadbiran Tun pada ketika itu di mana pentadbiran Tun juga terlibat dalam spekulasi matawang dan menipiskan rizab Bank Negara.
……..
Saya tidak faham mengapa Tun begitu takut dengan Najib.

Tun tidak perlu salahkan Najib atau mengkeji Najib lagi.

Tun tentunya sedang marah kerana anak Tun iaitu Mukhriz baru ditendang sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua.

Namun Tun mungkin lupa bahawa Najib bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan tidak ada kena mengena dengan penyingkiran Mukhriz oleh ADUN-ADUN Kedah semalam.

Setelah sekian lama Mukhriz bergantung kepada Tun dalam kerjaya politiknya, kini tiba masanya dia perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bertongkat lagi.

Saya cadangkan dalam bulan Ramadan yang berkat ini supaya Tun banyakkan amal dan jauhkan dari mengkeji orang lain.
Saya lihat Tun dan D4P kini saling suka menyukai, oleh itu mungkin D4P akan menjemput Tun dan Mukhriz untuk masuk ke parti mereka jika Tun dua beranak ditolak oleh Bersatu.

Namun saya harap Tun tidak tunduk atau akur kepada D4P.

Cukuplah selama ini mereka menggunakan segelintir orang-orang Melayu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Negara tidak akan stabil dan tidak akan maju dengan prejudis perkauman yang disemarakkan oleh D4P.

Dahulu kita pernah ditipu oleh penjajah British. Kini pada pengakhirannya janganlah kita ditipu oleh D4P pula.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

oleh Isham Jalil

Sumber SuaraTV

Previous articleSelepas Mukhriz tumbang 2 kali di Kedah, Dr Mazlee mula risau nasib BRSATU
Next article15 Tahun Jaga Isteri Lvmpuh, Edika Yusof Tidak Layak Terima BPN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here