Home Petua Tips KRIS1S Laut China Selatan; China Akhirnya Tunduk Kpd Malaysia, Hormati Semangat Juang...

KRIS1S Laut China Selatan; China Akhirnya Tunduk Kpd Malaysia, Hormati Semangat Juang TLDM

386
0

1. Berbanggalah rakyat Malaysia. Terkini akhirnya 3 hari selepas kita berjaya menyempurnakan eksplorasi di Laut

China Selatan di sebalik gangguan kapal-kapal China sejak lima bulan lepas, Menteri Pertahanan China Jeneral Wei

Fenghe sendiri telah menghubungi Menteri Pertahanan kita, Dato Seri Ismail Sabri.

2. Sesungguhnya tindakan Menteri Pertahanan China ini menandakan bahawa kuasa ketenteraan dunia itu menghormati

semangat juang kita yang tidak berundur hinggakan berjaya menyempurnakan misi eksplorasi melalui kerjasama erat

TLDM-Maritim Malasyia-Petronas serta imbangan kuasa Amerika-China.

3. Wajib diketahui bahawa Menteri Pertahanan China ini hanya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri

sebagai Menteri Pertahanan Malaysia selepas kita berjaya menyelesaikan eksplorasi kita di dua blok Laut China

Selatan pada 12 Mei baru-baru ini, meski pun beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sejak sekian lama.

4. Dalam geostrategi kuasa kecil, kita mempunyai pilihan untuk mempertahankan kepentingan negara kita sama ada

melalui kekuatan (bargaining through strength) atau melalui kelemahan (bargaining through weaknesses). Ternyata

kita berjaya menggabungkan kedua-duanya hingga misi di blok Arapaima-1 dan Lala-1 berjaya disempurnakan.

5. Peristiwa ini membuktikan bahawa kita bukan kuasa kecil yang mudah melutut di kaki kuasa besar. Kita tidak

bertindak bacul sama sekali untuk menghubungi mereka, sebaliknya dalam kes China ini merekalah yang menghubungi

kita sambil meminta untuk memelihara kerjasama antara kedua-dua negara.

 

6. China tentulah menyedari bahawa mereka perlu mempertimbangkan kepentingan strategik yang Malaysia miliki. Kita

bukan sahaja menguasai Selat Melaka – di mana lebih 80% import hidrokarbon China perlu lalui, bahkan kita juga

memiliki beberapa projek krit1kal bagi Inisiatif Belt and Road China.

7. Antaranya, ECRL di Pantai Timur Malaysia yang bernilai RM44 bilion, kepentingan mereka dalam projek Bandar

Malaysia, Forrest City di Johor, Melaka Gateway di Melaka. Begitu juga dengan hakikat bahawa kita masih menuntut

RM9 bilion dari China untuk dua projek paip gas yang telah dibatalkan (kes pembayaran jauh mengatasi progres

projek).

8. Hakikat bahawa kita tidak berundur walau seinci pun ketika kapal pemusn4h China serta kapal pengawal pantai

mereka mengas4k usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1 dan kemudiannya blok Lala-1 membuktikan bahawa kita

sanggup berjuang dan rela berk0rban daripada menyerah dan berundur.

9. Sesungguhnya, peristiwa ini akan dikenang dalam sejarah bagaimana pasukan pertahanan kita seperti TLDM dan

Maritim Malaysia serta entiti Petronas berjaya mempertahankan kepentingan negara kita hingga mengundang hormat

kuasa besar.

Tahniah Malaysia

Oleh: Abdul Muein Abadi Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Sumber : Islamikmedia

Previous article‘Kantoi’ Promosi Mercun Di FB, Terkini Polis Sudah Menangkap Lelaki Tersebut
Next articleSidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (16 Mei 2020) Agak Terperinci Dari Ismail Sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here