Home Petua Tips “Tunggu Bunga Sekuntum Lagi Keluar” – Kandungan Dah 30 Minggu, MUA Bellaz...

“Tunggu Bunga Sekuntum Lagi Keluar” – Kandungan Dah 30 Minggu, MUA Bellaz Tak Sabar Tunggu Baby Girl!

176
0

Ibu mana yang tidak teruja menanti kelahiran cahaya matanya. Bagi MUA Bellaz, dia begitu teruja untuk menantikan kelahiran seorang lagi ‘bunga’ dalam keluarganya.

MUA Bellaz yang kini sudah pun menghampiri 30 minggu usia kandungannya mengharapkan semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.

Menerusi Instagramnya, Bellaz menyatakan rasa syukurnya dan tidak sabar untuk menanti seorang lagi cahaya mata perempuan penyeri kehidupan bahagianya bersama suami.

“Tunggu bunga sekuntum lagi keluar maka lengkaplah 2 kuntum 2 kumbang insyallah.

“Apa-apa pun alhamdulilah rezeki dari Nya,” tulisnya memanjatkan rasa syukur atas rezeki dari Allah.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut sama mendoakan ibu-ibu lain yang menanti zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka.


“Ya Allah kurniakan zuriat buat ibu-ibu semua yang menanti secepat mungkin dan permudahkan urusan para ibu yang semakin hampir dengan due date Amin,” kongsinya lagi sambil mengharapkan ibu yang menunggu kelahiran sepertinya turut dipermudahkan kelak.

Meninjau di ruangan komen, peminat MUA cantik jelita ini turut sama menitipkan doa buatnya agar kelahiran keempat ini dipermudahkan. Masing-masing tak sabar hendak menatap wajah ‘bunga’ yang dinantikan Bellaz dan suami. Semoga dipermudahkan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.majalahpama.my/

Previous article“Dah Berapa Kali Ustaz Datang Berub4t…”- Isteri Dig4nggu, Caprice Ded4h Ditimpa Ujian Berkahwin 7 Bulan Lalu
Next articleGimik Baju Siti Nurhaliza Bertukar Dalam 5 Saat, “Wow..Terkejut Satu Malaysia”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here