Home Petua Tips “Mesti Dia Sudah Fikir…” – Dikaitkan Dgn Zizi Kirana, Alif Hadi Ada...

“Mesti Dia Sudah Fikir…” – Dikaitkan Dgn Zizi Kirana, Alif Hadi Ada Ucap Sesuatu Buat Pengantin Baru.

146
0

“Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat” antara luahan Alif Hadi bekas teman rapat Zizi Kirana.

PRNAH menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana, pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan penyanyi rap itu pada Ahad lalu.

Biarpun tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata, dia tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara Zizi dan pelakon Yusof Bahrin.

“Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas.

“Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak,” katanya kepada mStar.

 

Alif berkata, dia tidak mengetahui perancangan Zizi untuk mendirikan rumah tangga.

Pada Februari tahun lalu, Alif, 33 mengakui menjalinkan hubungan sangat rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.

Dia turut mended@hkan berasa cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis dan ternama meminta nombor telefon penyanyi lagu EH itu.

Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan dari dulu.
ALIF HADI
PELAKON
Sementara itu, Alif berkata, dia tidak berasa kecewa dengan berita itu dan menyedari tiada jodoh antara mereka.

Tambahnya, dia juga kini mempunyai perancangan hidup sendiri daripada segi kerjaya dan peribadi.

“Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan daripada dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.

 

Alif berkata dia menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih.

“Lagi pun sekarang saya sibuk dengan penggambaran dan ‘outstation’, jadi saya tidak fikir sangat.

“Jangan risau… sekarang saya pun lebih bahagia dari dulu. InsyaAllah bila tepat pada waktunya semua akan tahu juga,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini berkata, dia mendoakan dan menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik.

“Semoga perkahwinan dia kekal hingga ke anak cucu dan berjalan lancar serta dimurahkan rezeki.

“Saya hanya harapkan yang terbaik untuk dia sahaja,” katanya.

Terdahulu kisah cinta Hadi dan Zizi

Pelakon Alif Hadi akui dirinya sudah tujuh tahun berkawan rapat dengan penyanyi, Zizi Kirana.

Bahkan jelasnya lagi, dia tidak menolak jika selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya kalau ada jodoh.
Pun demikian, pelakon Bulan & Pria Terhebat itu bagaimanapun tidak mahu terburu-buru.

“Sebenarnya saya memang berkawan rapat dengan Zizi dan kami masih saling mengenali hati budi masing-masing. InsyaAllah kalau ada jodoh, saya tidak menolak.

“Hampir tujuh tahun berkawan rapat. Bagaimanapun kami tidak mahu terburu-buru memandangkan masing-masing ada kerjaya yang perlu diutamakan terlebih dulu. Kalau ada jodoh adalah.

“Saya gemar berkawan dengan dia kerana perwatakannya itu sendiri. Jadi saya selesa dan kami sekepala, punya minat yang sama dan saya senang untuk get along dengannya.

“Jadi atas apa yang orang luar bercakap mengenainya, saya tidak kisah sebab saya kenalinya dari hati dan dirinya sendiri,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Alif,32, ditemui pada pelancaran filem berkenaan di The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ditanya mengenai penerimaannya terhadap penampilan penyanyi Eh itu, Alif ada jawapannya sendiri.

“Seksi tu… Siapa tak nafikan, saya rasa lelaki semua suka seksikan? Misalnya kalau jalan bersama tapi pandang awek seksi, baik aku pandang dia.

“Kalau pandang orang lain nanti ‘kena lempangkan’. Jadi bagi saya itu tiada masalah.

“Saya terima dia seadanya, sangat selesa berkawan. Bagi saya perwatakannya sebagaimana di sosial media dan realitinya, sama saja. Sebab itulah saya suka dengan sikapnya itu,” terangnya lagi.

Pada masa sama, bintang ini juga lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

“Ada je kalau saya keluar dengan dia, ada yang tegvr ‘hai’, minta nombor telefon dia. Padahal aku dekat tepi ingat aku ni batu ke apa.

“Apa pun, saya tidak mahulah libatkan hal peribadi dengan kerjaya. Kadang-kadang mungkin ada yang akan salah faham. Kalau boleh saya cuba pisahkan perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai populariti yang dilakar Zizi ketika ini apabila barisan lagu-lagunya kian mendapat perhatian, Aliff akui tiada istilah makan hati.

Sebaliknya dia tumpang bangga atas kejayaan yang dilakar temannya itu.

“Saya tidak makan hati kerana saya terima dia seadanya. Dari dulu saya kenal dia macam mana. Dengan populariti yang diraih Zizi, saya gembira untuknya.

“Tiada istilah makan hati, malah saya lagi suka lihat dia berjaya,” akhiri Alif.

Terdahulu, filem Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production turut dibintangi Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman dan Zizan Razak.

Pelakon lain yang turut terlibat termasuk Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Apapun jodoh hanya Allah yang menentukan , semoga Alif Hadi dapat cari pengganti yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : mstar

Previous article‘Ya Saya Pernah Rasa Mnyesal Kahwin Muda, Rasa Boleh Dapat Lagi Bagus Dari Aeril’ – Wawa Zainal
Next article“Saya Segan & Malu Nak Ambil Duit” – Bad Indigo Tak Sanggup Terima Bantuan? Masih Fikirkan Nasib…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here