Sejak Perintah Pergerakkan Kawalan dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan bagi membendung C0v-19, pihak PDRM dan ATM dilihat begitu gigih menjalankan tugas memastikan seluruh rakyat Malaysia patuh dengan arahan.
Sehinggakan pada sambutan Hari P0lis pada hari ini tidak diadakan sebarang acara dan mereka gigih berada dijalanan untuk memantau pergerakan rakyat Malaysia.
Ucapan Dari Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim
Ucapan semangat buat barisan pertahanan
Susulan daripada itu, menerusi Instagram Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, baginda telah memuat naik gambar anakanda-anakandanya memegang poster yang dilukis sendiri dengan menyatakan rasa terima kasih kepada barisan p0lis dan tentera yang bertugas untuk rakyat ketika C0v-19 sedang menvlar.
Tuanku Zara turut memuat naik gambar Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama kedua anakandanya memakai seragam p0lis dan tentera.
Terima kasih abang akak askar dan p0lis
Dalam nota yang ditulis sendiri oleh Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan adindanya, Yang Mulia Raja Nazira Safya, baginda telah menyatakan rasa terima kasih kepada barisan tentera dan p0lis kerana masih berkhidmat walaupun dalam keadaan genting.
Kedua-dua anakanda Sultan Perak ini terlihat comel sambil memakai topi PASKAL iaitu satu unit khas dalam angkatan tentera.
Terbaik, menjadi contoh kepada rakyat jelata
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang p0sitif diatas posting tersebut.
Mereka juga memuji kecomelan anakanda Sultan Perak yang tersenyum memegang poster tulisan mereka yang ditujukan khas buat angkatan pertahanan negara.
Comelnyaa. Daulat Tuanku
Semoga Allah sentiasa rahmati Tuanku sekeluarga
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : Tuanku Zara Salim