Home Petua Tips Jika PM Ke-8 K4lah UNDi Tdk Percaya, Ini 2 Kemungkinan Bakal Terjadi

Jika PM Ke-8 K4lah UNDi Tdk Percaya, Ini 2 Kemungkinan Bakal Terjadi

422
0

Semalam, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan juga menekankan bahawa hanya urusan kerajaan yang akan diutamakan dalam persidangan satu hari itu.

Menurut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen akan mengutamakan urusan kerajaan semasa persidangan sebelum menyentuh isu lain.

Bagaimanapun, Ong percaya bahawa Muhyiddin bersedia berdepan ujian itu kerana beliau dilaporkan akan menemui PresidenUmno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan beberapa perkara terutama berkaitan dengan persidangan parlimen.

“Beliau (Muhyiddin) memilih untuk bertemu dengan mereka (Zahid dan Abdul Hadi) sebelum persidangan. Saya rasa beliau sudah bersedia berdepan usul itu.

“Jika beliau dapat sokongan daripada mereka, saya rasa beliau akan berdepan dengan usul itu,” kata Ong.

Jelas Ong, sekiranya Dewan Rakyat meneruskan undian usul tidak percaya itu, ia akan mengesahkan kedudukan Muhyiddin dan kerajaannya, selaian secara teorinya akan memastikan tempoh memegang jawatan hingga pilihan raya umum akan datang.

Dua Kemungkinan Yang Berlaku Selepas PM Te3was

“Tetapi jika beliau g4gal (menang undian), beliau harus mengadap Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin dan meletakkan jawatan.

“Beliau juga boleh menyarankan pembubaran Parlimen dan ini akan menyebabkan pilihan raya umum (awal),” kata Ong.
Namun, kata Ong, sekiranya Agong tidak setuju dengan pembubaran parlimen, maka pembangkang berpeluang membentuk kerajaan dan mencalonkan perdana menteri baru.

Menurut Ong, terdapat tiga entiti yang memutuskan pembentukan kerajaan baru – parti politik, Agong dan Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai usul tergempat untuk memutuskan sama ada akan melanjutkan sidang parlimen pada 18 Mei hingga lapan hari, Ooi menegaskan bahawa perkara itu harus dibincangkan pada hari yang sama.

“Sekiranya semua orang bersetuju mengenai hal ini, persidangan parlimen akan berlangsung selama dua minggu, iaitu empat hari seminggu,” kata Ong yang juga merupakan kolumnis Malaysiakini versi bahasa Cina.

Pada pandangan Ooi, usul yang dikemukakan oleh Mahathir, Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Kong dan Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal adalah tindakan kolektif yang dirancang dengan teliti.

“Itulah sebabnya speaker menangani usul secara serentak dan hanya menerima usul tidak percaya,” jelasnya.

Semalam, Ariff mengumumkan bahawa beliau telah menerima usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dikemukakan oleh Mahathir.

Bagaimanapun, tidak diketahui tarikh usul itu akan dibentangkan.

Sementara itu, wakil Ariff, Mohd Rashid Hasnon memberitahu Malaysiakini bahawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak akan dibahaskan dalam persidangan 18 Mei.

“Usul itu diterima tetapi (tidak akan dibahaskan) pada 18 Mei,” katanya ketika dihubungi

 

Muhyiddin akan kekal PM walau undi tak percaya dibuat

Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi yakin Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Beliau yang juga anggota Parlimen Tumpat memberi gambaran betapa perancangan pembangkang itu akan gagal.

“Kalaupun undi tak percaya itu berlaku dalam Parlimen, saya amat yakin bahawa kerajaan dan perdana menteri mempunyai undi yang cukup.

“Cuma saya nak sebut dalam keadaan rakyat susah, dengan masalah Covid-19, dalam usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan, dalam keadaan rakyat berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), pemimpin politik sepatutnya meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“(Pembangkang perlu lihat) Kepentingan dan keselamatan rakyat, dan memberikan tumpuan pemikiran ke arah menyelesaikan masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat loji benih padi Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong, Kota Bharu, hari ini.

Pada 8 Mei lalu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan Anggota Parlimen Langkawi, untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyidin.

Beliau memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagaimanapun usul tersebut mungkin tidak dibawa ketika sidang pada 18 Mei ini, yang dijadual berlangsung hanya sehari, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menegaskan urusan kerajaan akan diutamakan.

Sementara itu Che Abdullah berkata pemimpin politik sepatutnya memberi fokus dalam perkara melibatkan kepentingan rakyat.

Pada masa sama, beliau membangkitkan pemilihan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong setelah meyakini presiden Bersatu itu mempunyai majoriti sokongan anggota Parlimen.

“Jadi sepatutnya, proses yang berlalu dan berlandaskan perlembagaan itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak dan mengurangkan kepentingan diri berpolitik ketika rakyat berdepan masalah Covid-19.

“Kalaupun berlaku undi tidak percaya, saya yakin pemimpin-pemimpin politik yang memikirkan kepentingan rakyat akan terus bersama kerajaan walaupun ada disebut ada pihak dalam PN sendiri yang goyang.

“Jika mereka meletakkan kepentingan rakyat yang paling tinggi, mereka akan mengekalkan dan menstabilkan kerajaan ini dan menyokong Muhyiddin,” katanya lagi.

Sumber : trendingsangat

Previous articleSetelah Dimasukkan Unit Kecemasan, Mohon Doa Orang Ramai Untuk Ustaz Kazim Elias kini Ustaz Makin Pulih
Next articleBila mula ditanya passw0rd Email dan Telefon, Ini jawapan tak masuk akal Patrick Teoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here