Home Petua Tips Selepas jual kereta dan motor untuk bantu m4ngsa Cov l9, Man mula...

Selepas jual kereta dan motor untuk bantu m4ngsa Cov l9, Man mula tayang kereta mewah. Tapi caption dia memang win habis!

11750
0

Setelah menerusi s4lah satu entri terkininya di Instagram, pelawak ini bertanya andai ada pihak yang sudi membeli kereta dan motornya secara tunai.

Selepas tampil menghulurkan sumbangan wang hadiah kemenangan menerusi Maharaja Lawak mega 2019 lalu, Man Raja Lawak kini difahamkan mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu rakyat yang tersepit di kala w4bak yang melanda sebab itu beliau mahu menjualnya.

Ia bagi menambah sumbangan sedia ada berikutan ribuan permohonan sudah diterima.

Luahnya, dia tiada masalah menggunakan kereta kancil selepas ini, asalkan dapat membantu golongan memerlukan.

“Ada pulak sahabat boleh tanya, ko jual kereta nanti nak bawa family gi mana-mana nak naik apa?

Janji boleh berlumba ke syurga

“Jawapan saya mudah je, Kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai kancil. Janji boleh berlumba ke Syurga,” kongsinya.

Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada beberapa entrinya kini turut ditutup.

Terdahulu, tindakannya yang mahu agihkan sebahagian wang kemenangan mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizan kagum dengan sikap pemurah Man

Muat naik gambar kereta Ferarri

Dalam Man berusaha membantu mereka yang berkemampuan, beliau sempat melawak dalam IG dengan memuat naik gamabr bersama kereta mewah Ferarri.

Namun caption gamabr tersebut buat ramai terhibur.

“Mungkin sebelum ni ramai yg x tahu dan sye jenis x suka nak hebahkan pasal kemampuan saya takut org kata ri4k..tapi kawan2 suh up juga pic ni..Alhamdulillah atas rezki dan nikmat ALLAH saya tunjuk kan BAJU yg baru beli 3 hari lepas..camne..cantik x?”

 

Man Raja Lawak memberitahu bahawa wang bantvan yang didermakan sudah pun habis disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Perkara tersebut diberitahu pemilik nama lengkap Abd Rahman Kasim pada Jumaat.

Sambil memohon agar mereka yang mendapat bantuan tersebut menggunakan wang sebaiknya, Man turut memohon maaf kepada pemohon yang tidak berjaya.

“Saya Abd Rahman Kasim ingin memohon maaf kerana bajet 50k telah pun habis disalurkan sebentar tadi. Kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan gunakanlah duit itu sebaik mungkin.

“Kepada yang gagal, mohon ampun dan maaf. Terima kasih kerana anda sabar menanti jawapan sehingga kini. Maafkan saya tidak dapat membantu anda di saat anda benar-benar memerlukan.

“Mohon maafkan saya yang hi1na ini. Sekian,” tulisnya pada lampiran entri terkini di Instagram.

Terdahulu, Juara Maharaja Lawak Mega 2019 ini mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangannya itu bagi membantu meringankan b3ban mereka yang kesempitan di dalam menghadapi krisis COVI1D-19 ketika ini.

“Kerja Sampai Pagi Dibayar RM200,”- Pernah Ditipu Produksi, Man Raja Lawak Dedah Cerita

Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘ditipu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.

Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hitam yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun.

“Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’

“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang boros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’.

“Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghilang, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie. Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya.

Man.. Juara Raja Lawak Musim Ke-5

 

Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.

“Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.

Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

“Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.

“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada.

Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya.

“Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500.

“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara.

Sumber : musangviral

Previous articlePembayaran Untuk Bantuan BPN Akan Bermula Hari Isnin Ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT
Next articleMamat terjer1t-jer1t di hospital terdiam disergah abang p0lis nak panjang kes atau pendek “Malu la sikit tu bukan isteri, baru awek tahu tak!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here