KUALA LUMPUR Terkini Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial di buka semula.
Katanya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.
“Dalam melaksanakan PKPB aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.
Perdana Menteri berkata, pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia berikutan jumlah kes baharu COVID-19 turun, manakala kes sembuh meningkat.
Beliau berkata kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal di bawah PKPB.
Katanya, semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpunan ramai seperti bola sepak masih tidak dibenarkan. – BERITA HARIAN
PERUTUSAN KHAS | Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/yAQOSqPUzk
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 1, 2020
YANG SEBELUM INI
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman untuk melonggarkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa menyampaikan ucapan secara langsung pagi esok.
Muhyiddin dijadual membuat ucapan sempena Hari Buruh jam 11 pagi.
Antara perkara yang dijangka diumumkan oleh Muhyiddin, lapor China Press, ialah kelonggaran larangan buat sektor perniagaan, selain lebih banyak kebenaran untuk beroperasi bagi perniagaan lain mulai Isnin depan.
Untuk membolehkan mereka menyambung operasi, lapor portal tersebut, mereka perlulah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak jangkitan Cov-19.
Langkah itu termasuklah memeriksa suhu badan pekerja, memeriksa simptom dan penj4rakan sosial.
“Kegagalan mematuhi peraturan berkenaan akan membolehkan operasi mereka diberhentikan,” kata laporan berkenaan.
Memetik sumber, laporan berkenaan berkata, kebenaran itu tidak termasuk untuk syarikat yang menyediakan kemudahan rekreasi.
Pantau situasi terlebih dulu
“Bidang seperti pawagam, pub dan kelab malam tidak dibenarkan lagi untuk menyambung operasi,” katanya.
Sumber itu juga memberitahu kerajaan juga tidak akan melanjutkan tempoh PKP yang kini memasuki fasa keempat dan berakhir pada 12 Mei ini.
Sebaliknya, kata sumber yang tidak didedahkan itu, kabinet akan meneliti perkembangan wabak tersebut dan melonggarkan sekatan yang ada mengikut keadaan semasa.
“Kerajaan mahu melihat lebih banyak sektor meneruskan kerja. Ia adalah pihak huluan dan hiliran, termasuk yang membekalkan peralatan, bagi memulihkan ekonomi,” kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, katanya, sekolah akan terus ditutup buat masa ini.
“Ia perlukan perbincangan teliti. Kerajaan mahu memantau situasi yang ada untuk dua minggu lagi.
“Mereka akan mendapatkan pandangan pemegang taruh dan merumuskan garis panduan. Justeru, ada kemungkinan akan dibuka semula pada awal atau pertengahan Jun,” katanya.
Kredit Malaysiakini