Bila kita bercakap pasal pekerjaan askar ni, mesti terus terbayang baju celorang dan juga masa diorang banyak dihabiskan di tapak kem sampai jarang berjumpa dengan ahli keluarga tersayang.
Sebabkan tu juga, kebanyakan askar yang terpaksa pulang ke pangkalan tentera untuk kembali bertugas, mereka akan dihantar atau ditemani ahli keluarga sehingga tak ada lagi bayang kelihatan.
Macam satu perkongsian dari TikTok oleh @kylieyaa ini, dia berkongsikan gelagat anak lelakinya melambai ayahnya dari jejantas sehingga klipnya turut dikongsikan di Twitter.
Dari video itu, kelihatan anak lelakinya yang dikenali sebagai Adam setia menunggu di jejantas sehingga lori askar yang dinaiki ayahnya tiba untuk melambai sebelum melepasi plaza tol.
Namun, apa yang mencvri tumpuan netizen adalah keterujaan Adam apabila hon berbunyi lagu kanak-kanak popular iaitu ‘Baby Shark’ dibuat oleh ayahnya sebaik saja ternampak isteri dan anaknya di bahagian laluan jejantas.
Difahamkan, ayahnya sendiri yang buat keputusan untuk memasang hon tenonet demi Adam…
Video:
Disebabkan perkongsian detik perpisahan antara anak dan juga bapa ini, orang ramai turut merasa sebak kerana mereka menyifatkan ianya bukanlah satu detik yang mudah untuk dilakukan apabila insan yang tersayang terpaksa pergi jauh.
Min tengok video ni pun rasa sebak sebab terus terbayang macam mana diorang berdua lagi-lagi Adam yang terpaksa berjauhan dengan ayahnya sejak kecil. Semoga jadi anak yang soleh ya!
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :sinarviral