Home Petua Tips Angk4ra kuar4ntin, pemuda cetak gambar sendiri ke majlis resepsi

[VIDEO] Angk4ra kuar4ntin, pemuda cetak gambar sendiri ke majlis resepsi

87
0

Sesebuah majlis resepsi perkahwinan boleh digambarkan sebagai meriah apabila ia dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga bagi menyaksikan penyatuan dua jiwa yang saling mencintai.

Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik untuk menghadiri hari bahagia itu memandangkan mungkin terlibat dengan situasi di luar jangka termasuklah perlu bekerja dan sebagainya.

Berbeza dengan perkongsian dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Adzrif Sidek, rakannya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan ekoran perlu menjalani kuarantin di rumah akibat c0vldl9.

Pun begitu, rakannya membuat kejutan pada majlis tersebut dengan memunculkan diri secara kreatif apabila bertindak mencetak gambarnya dirinya lengkap berbaju kemaja putih dan berseluar warna kelabu.

“Apabila kawan kau kena kuarantin, tapi masih mahu ada dalam gambar bersama hari perkahwinan, senang kerja jurugambar, tak perlu gunakan Photoshop lagi,” tulisnya.

Video:

Menerusi video itu, adzrif berkongsi beberapa gambar di mana gambar rakannya dibawa ke pelamin sebelum turut serta dalam sesi bergambar secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain.

Video itu berjaya ditonton lebih 469,000 kali diTiktok selain mendapat lebih 75,800 tanda suka.

Sementara itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan dengan ramai antara mereka menyifatkannya sebagai tindakan kreatif dan bijak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : Kosmo

Previous article“Rasa Malu Pula Bila Dah Lama Tak Bergambar Macam Ni,” – Fazura
Next articleWajah Secantik Nama! Bukan Biasa-Biasa..Ini Sebenarnya Penaja Jelitawan Yang Menaja AJL 36

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here