Selepas mendirikan rumah tangga pada Oktober lalu, Fizo Omar dan pasangannya iaitu Fazeera Nazri Aziz turut tidak terkecuali sering mendapat perhatian oleh peminat.
Apatah lagi, Fizo Omar juga berkongsikan perkembangannya bersama keluarga tercinta itu di Instagram namun kali ini kelihatan isteri dan anak perempuannya iaitu Wan Maryam Wan Hafizol mencuri tumpuan warganet di TikTok.
Umum diketahui, terdahulu gelagat Wan Maryam yang begitu menyenangi Fazeera Nazri Aziz ketika majlis penikahan pada Oktober lalu membuatkan ramai tumpang bahagia melihatkan keluarga selebriti ini.
Pun begitu, terbaharu nampaknya gelagat anak perempuan dan isteri Fizo Omar ini mencuri tumpuan warganet sekali lagi dengan gelagat comel mereka apabila dilihat meluangkan waktu bersama.
Dalam pada itu, rakaman video yang memaparkan gelagat comel Wan Maryam dan ibunya itu mengundang video tersebut menjadi tumpuan dan bualan di aplikasi TikTok.
Video
Mana tidaknya, selain merasa tercuit hati dengan gelagat kedua-duanya itu wajah Fazeera dan Wan Maryam juga dikatakan semakin seiras dalam video yang dimuat naik itu disamping ribuan tanda suka juga ditinggalkan ramai.
“Maryam comel, mummy cantik”
“Cantik gilerrr 2 orang ni, comel…”
“Manjanya Maryam dengan mami nya yang cantik”
“Seiras muka…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : HCL