Home Petua Tips Rumah teres kini setaraf banglo, Fasha Sandha puas hati ubah suai...

[VIDEO] Rumah teres kini setaraf banglo, Fasha Sandha puas hati ubah suai kediaman pertama… Paling seronok dah ada surau sendiri

177
0

BERSYUKUR rumah idaman sudah siap diubah suai, pelakon Fasha Sandha mendedahkan ia merupakan kediaman pertama yang dibeli selepas menceburi industri seni.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut memberitahu dia sendiri yang membeli kelengkapan dan hiasan dalaman untuk rumah berkenaan.

Lebih membuatkan pelakon berusia 38 tahun ini teruja apabila dia dapat menyediakan surau yang boleh memuatkan seramai 25 orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


“Alhamdulillah, rumah yang saya beli ketika di usia 21 tahun sudah siap diubah suai. Rumah itu mempunyai sentimental value buat saya sebab rumah pertama saya beli.

“Walaupun hanya rumah teres biasa tapi bagi saya, ia adalah rumah idaman saya sebab saya sendiri yang beli barang dan hias rumah itu.

“Saya bukan belajar buat hiasan dalaman rumah tapi dapat idea dari google dan showroom… dapat jimat kos. Alhamdulillah, impian saya untuk ada surau dalam rumah pun tercapai,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pemenang Pelakon MeleTop Anugerah MeleTop 2021 itu berkongsi video rumahnya yang sudah siap diubah suai menjadi seperti banglo mewah.

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi mengenai perkembangan adiknya iaitu aktres Elisya Sandha yang kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Dijangka akan bersalin pada pertengahan Jun, pelakon drama Dend4m Seorang Isteri ini memberitahu adiknya sentiasa meminta tip atau nasihat mengenai kehamilan.

“Banyak tips dia minat sebab ini kali pertama dia bakal menjadi ibu… jadi dia sangat teruja. InsyaAllah Elisya akan melahirkan cahaya mata pertamanya dalam pertengahan Jun.

“Alhamdulillah, saya lihat perjalanan kehamilannya dipermudahkan… rezeki dia dapat bunting pelamin. Pernah la dia lepak rumah saya lama sebab macam-macam nak tanya.

Fasha bersama seluruh keluarganya.

“Dia nak tahu tentang proses bersalin dan berpantang. Sebagai kakak yang ada ramai anak, sudah tentu saya kongsikan pengalaman saya juga,” ujarnya.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira yang berusia dua tahun.

Fasha juga mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : www.sinarviral.kini.blog

Previous article“Steady YB!” – Ramai ‘Amazed’ Syed Saddiq Selamba Naik ‘Public Transport’ Pergi Kerja
Next articleEbit Lew Buat Trend Angkat Isteri, Nama Zul Ariffin Dipet1k Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here