Home Petua Tips Walau Dah ‘Pergi’, Kekasih Tangmo Masih Upload Gambar Tiap Hari, Video Call...

Walau Dah ‘Pergi’, Kekasih Tangmo Masih Upload Gambar Tiap Hari, Video Call Terakhir Dengan Tangmo Buat Ramai Seb4k.

91
0

Pemergian kekasih tercinta, Tangmo Nida nampaknya memberikan kesan mendalam buat kekasihnya, Bird yang setiap hari tidak putus-putus memuat naik video dan gambar ‘throwback’ mereka.

Dia letak gambar Tangmo umpama Tangmo masih ada…

Gelagat kekasih mendiang yang masih memuat naik ‘aktiviti seharian’ bersama Tangmo buat netizen yang menonton, simpati dan sedih melihat Bird yang bagaikan tidak boleh menerima kenyataan pemergian wanita yang sangat dicintainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Green Man (@stonerbkk)

Mintak bantal guling, frame, kucing Tangmo buat lepas rindu…

Dalam satu perkongsian lain, ada individu berkongsi permintaan Bird bahawa dia hanya menginginkan bantal peluk, bingkai gambar bersama Tangmo serta kucing kesayangan Tangmo dipercayai buat melepaskan rindu.

Permintaan itu dibuat oleh Bird kepada Panida, ibu Tangmo ketika dia berjumpa wanita itu di rumah mereka bersama.

Bird upload video call terakhir dengan Tangmo, ramai sebak

Terdapat satu video tular yang lain menunjukkan Bird memuat naik videocall terakhirnya bersama Tangmo sebelum wanita itu meninggal dunia..

Dalam video, dapat dilihat Bird terlampau gembira dapat bercakap bersama wanita dicintainya, kemudian menangis hingga bengkak mata tatkala misi pencarian Tangmo hingga hingga lah kepada detik penemuannya.

Tangmo bagitahu media, dia takkan cari lain.. Setia dengan Bird…

Menerusi satu perkongsian, dari sisi Tangmo pula, beliau memberitahu media mengenai perasaan cintanya yang mendalam buat Bird, hingga dia langsung tidak terfikir untuk meninggalkan kekasih hatinya itu.

Malahan ketika ditanya apakah sebabnya, Tangmo menjawab kerana Bird sentiasa ada di sisi saat suka dan duka, susah dan senang sepanjang yang dilaluinya, buat ramai sebak dan menangis melihat betapa agungnya cinta mereka berdua…

Kematian tragis aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida membuatkan ahli keluarga dan kenalan yang sebak akan nasib yang menimpa mendiang.

Turut menjadi perhatian, kekasih Tangmo yang dikenali sebagai @stonerbkk yang gigih mengikuti pencarian mendiang kekasihnya selama 48 jam tanpa gagal hingga matanya yang sembap dipercayai akibat menangis berterusan.

Menangis masa buang abu ke sungai

Terbaru, menerusi perkongsian @nalerwongyala di Tiktok, Stonerbkk dilihat membuang abu mayat mendiang Tangmo di sungai sambil memakai topi dan pelitup muka, demi menutup wajahnya yang sembap gara-gara menangis.

Dalam video, Stonerbkk dilihat sangat tabah biarpun sedih dengan pemergian kekasih hati yang hanya dapat bersama selama 2 tahun, setelah 7 tahun mengejar cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Masih upload gambar Tangmo, ramai netizen sebak

Dalam perkongsian Stonerbkk di Instagram, gelagatnya yang masih meneruskan posting bersama mendiang membuatkan ramai yang menangis sebak melihat betapa besarnya cinta lelaki ini buat Tangmo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Green Man (@stonerbkk)


Sumber : Redasksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://apaceritatv.com.my/

Previous article“Free ja dia suruh aku..” – [VIDEO] Gelagat Jebat Jayden suruh Sharnaaz Ahmad diam buat ramai terhibur
Next article“Rasa Malu Pula Bila Dah Lama Tak Bergambar Macam Ni,” – Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here