“Walau iman berbolak balik kembalilah pada tuhan” sekali David Teor tegur Masya Mashitah
Ramai tertanya sekarang ramai kalangan artis wanita sekarang dulunya bertudung sekarang dah buang tudung.
Terkini penyanyi Masya Masyitah yang tidak lagi mengenakan tudung terus menjadi topik hangat bualan netizen di media sosial.
Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian penerbit dan pengarah popular, Datuk David Teo.
Menerusi hantaran di Instagram, David berkata ramai manusia hanya mengejar pahala di dunia, namun tidak ramai yang mencari bekalan untuk di akhirat.
Jelas David lagi, sekiranya iman seseorang itu berbolak balik, hendaklah kembali berpaut pada jalan Allah.
Ramai orang kerja pahala dunia tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.
Dalam masa sama, penerbit filem Mami Jarum itu turut mendoakan Masya agar mendapat hidayah Allah S.W.T.
Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya.
Tapi dalam ruangan Ig Masya ada bagi komen nya
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan David yang memberi teguran kepada Masya meskipun mereka berlainan agama.
Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada Ahad.
Tindakan pelantun lagu Halimuman itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ penyanyi berusia 23 tahun itu di media sosial.
Video
View this post on Instagram
Apapun kita sepatut rasa malu kerana kita orang Islam sekali orang yang bukan Islam yang menegur kita supaya kembali pada Islam.
Sumber : obulan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.