“FIRST time ya saya jumpa orang anti v4ks1n ni. Selalu dengar cerita je”
Begitulah luahan di kapsyen sebuah rakaman yang tular baru-baru ini di laman sosial mengenai pengalaman seorang wanita yang menaiki kenderaan e-hailing Grab yang dipandu oleh individu lelaki dalam kalangan anti v4ks1n.
Menurut wanita hanya ingin dikenali sebagai Fyna, 26, dia dikritik oleh pemandu Grab yang mengambilnya di pusat pengambilan v4ks1n d0s penggalak di Selayang, Selangor.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini, walaupun telah ditegaskan olehnya bahawa dia mengambil v4ks1n d0s penggalak ini atas kerelaan diri tetapi pemandu Grab ini tetap melontarkan buah fikirannya yang tidak berpuas hati dengan keputusan wanita ini.
View this post on Instagram
“Ceritanya, sebaik selesai ambil d0s bo0ster di Selayang, saya panggil Grabcar untuk ke One Utama sebab ada urusan di sana.
“Sebaik masuk je kereta, dia terus tanya ‘Puan Fyna kena p4ksa ambil booster dengan majikan ke?’. Kemudian saya jawab ‘Oh tak, ni rela h4ti sebab saya ada anak di rumah.’
“Lepas saya bagi jawapan macam tu, dia mula berhujah tanpa henti. Saya OK saja dapat pemandu suka berborak tapi yang ni dikira melampau. Siap salahkan suami saya sebab tak halang saya ambil d0s bo0ster,” ujar Fyna.
Foto wanita ini bersama dengan suami dan anaknya.
Menurut wanita yang menetap di Gombak ini, dia hanya mendiamkan diri sahaja ketika itu kerana bimbang dengan keadaan pemandu yang kelihatan ber4ng apabila bercakap dengannya.
Jelas Fyna, kejadian yang berlaku ini membuatkan perjalanan pendek menjadi panjang kerana terp4ksa mendengar let3ran pemandu itu sehingga tiba ke destinasi.
“Cara saya handle conversation tu, saya diam je sebab t4kut sendirian dalam kereta tu. Risau jika terdapat percanggahan pendapat nanti lain pula jadinya.
“Perjalanan dari Selayang ke One Utama, tidaklah jauh cumanya saya rasa jauh sebab borak pasal v4ks1n. Bila saya cuba nak bagi pendapat, dia potong jadi saya diam jelah.
“Ada juga dia kaitkan isu pol1tik. Dia tak puas hati solat Jumaat kena ambil b0oster. Saya rasa nak n4ngis dah masa kej4dian tu sebab sorang-sorang. Jauh pula rasa nak sampai,” kata Fyna.
Fyna menjelaskan kepada pemandu itu antara penyebab dia mengambil d0s penggalak adalah demi keselamatan anaknya yang masih kecil.
Malah, tidak terhenti di situ sahaja apabila Fyna dianggap terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat mengambil tahu mengenai isu semasa di Facebook berkenaan v4ksin.
Ujar Fyna, dia cuba untuk memberi pendapat bahawa kesan apabila mengambil v4ksin booster ini risikonya rendah namun percakapannya dipotong oleh pemandu Grab kerana beranggapan kenyataan itu ‘kelaut’.
Berikutan video yang tular di Tiktok, Fyna dihujani dengan komen netizen yang turut memberi pendapat mereka mengenai sikap pemandu Grab tersebut.
“Mana boleh driver Grab antiv4ks.
“Biasa species pakcik ni dia buat kajian dekat Facebook, pastu yakin dia level ayah p1n.
“Tahniah sebab berjaya tahan perasaan. Next time kalau terjumpa lagi style-style sibuk nak berbual macam ni, pakai earphone, dengar lagu kuat-kuat,” komen beberapa netizen terhadap video tersebut.
Fyna mengakui bahawa ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan golongan anti v4ks1n.
Menurut pendapat Fyna sendiri, pemandu Grab ini sepatutnya tidak boleh berbual tentang hal peribadi sebab sudah jelas penumpang tak selesa.
Justeru, wanita ini turut berharap tiada lagi penumpang lain mengalami pangalaman seperti yang dilaluinya kerana Fyna merupakan seorang wanita jadi dia ada perasaan tak selesa and takut dengan situasi begitu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : Mstar