KEJADIAN seorang lelaki m4ut selepas dipercayai t3rjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah di Kuala Lumpur pada Rabu turut mengund4ng simpati daripada penyanyi Wany Hasrita.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, mengakui hatinya r3muk apabila mengetahui masalah k3murungan atau kesihatan mental wujud dalam kalangan masyarakat.
Sedih dengan insid3n yang berlaku itu, penyanyi berusia 29 tahun ini menasihati semua pengikutnya agar menghubungi rakan atau ahli keluarga untuk bertanyakan khabar.
Wany berharap semua orang berhenti sebar foto kejadian di pusat membeli-belah.
“Saya ada terbaca k3s seorang lelaki t3rjun dari tingkat tiga. It’s really hearbreaking knowing that depression is real. Kes3daran tentang masalah k3sihatan m3ntal di kalangan kita perlu ada.
“Tolong lihat kawan atau ahli keluarga yang dah lama tidak dihubungi… tanya khabar mereka. Kita tak tahu apa yang mereka simpan, fikirkan dan s3dihkan. Mungkin ada orang tak cerita dan suka simpan,” katanya.
Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya selepas membaca berita mengenai k3s itu di Twitter.
Menerusi laporan mStar pada Rabu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang lelaki m4ut selepas j4tuh dari tingkat tiga di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Mohamad Zainal juga memberitahu sias4tan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 1.53 petang, Rabu itu sedang dijalankan.
Dalam pada itu, Wany turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak sensitif malah menjadikan kejadian tersebut sebagai satu jenaka di laman sosial.
Wany doakan yang baik-baik untuk semua orang.
“Saya rasa masa ada lagi segelintir daripada kita yang tak se3nsitif dengan isu ini. Ada yang buat lawak katanya ‘fuyo pilih tempat KLCC’. Tapi kita doakan agar dia diberikan kefahaman.
“Semua orang buat silap tapi kita kena mula ambil berat dan lebih sensitif tentang isu seperti ini. Saya juga ingatkan kepada semua, jangan sebarkan gambar atau video yang tidak censored… sangat-sangat tidak sensitif.
“Cuba bayangkan kalau terkena kepada diri kita, mesti tak nak gambar sebegitu tersebar,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi lagu Canggung ini mendoakan agar semua orang diberikan k3sihatan yang baik dan kekuatan untuk menempuhi segala dvgaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://www.mstar.com.my/