Penyanyi Hafiz Suip tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat isterinya, Nureffy Jesreel memakai hijab.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Hafiz meluahkan rasa teruja dengan penampilan baharu isteri kesayangannya di bulan Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah… Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Amin Ya Rabbal’alamin. Cantik @nureffy,” tulisnya.
Hantaran itu juga disertakan dengan sekeping foto Hafiz yang sedang tersenyum lebar bersama Effy yang memakai hijab.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan semoga Effy kekal berhijab dan iatiqomah walaupun selepas bulan Ramadan.
Hafiz dan Effy mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahya mata lelaki, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Gempak