Beberapa minggu yg lepas nama Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menjadi topik hangat bualan rakyat terutamanya di media sosial selepas ramai yang terkejut melihat transformasi saiz badan dan penampilannya.
Malah, pada hujung minggu baru-baru ini netizen memperkatakan pula tentang Rina yang ‘modeling’ dengan memperagakan beberapa persalinan daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.
YB Yeo Bee Yin galas tugas waktu hmil, tapi Rina…
Netizen mempertikaikan beliau yang seronok menjadi peragawan ketika saat-saat getir sebegini, apatah lagi masih ramai kanak-kanak yang kebvluran dan wanita yang menjadi mangsa rgol serta kegnasan rumah tangga.
Disebabkan itu, ramai yang mula membangkitkan isu tentang Rina yang dikatakan tidak menggalaskan amanah dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Menurut netizen, sepanjang Rina bergelar menteri di Kementerian tersebut, jarang sekali melihat susuk tubuhnya menjalankan tugas yang sepatutnya.
Bukan setakat mengkritik Rina semata-mata, netizen turut membandingkannya dengan YB Yeo Bee Yin yang sebelum ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya meskipun dalam keadaan sedang sarat mengndung.
Kalau jalankan tugas takpe…
Netizen turut berkata Yeo pernah menggalas tugas 3 menteri lelaki iaitu Kementerian Sains & Teknologi, Kementerian Tenaga Asli dan Kementerian Alam Sekitar namun masih mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Bagaimanapun, netizen berkata bukan isu Rina menjadi model yang mereka kritik tetapi kerana beliau dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik namun ada pula masa nak menjadi peragawan. Itu sebenarnya yang ditekankan dan mahu disampaikan oleh netizen kepada beliau.
Menurut mereka seharusnya ketika pandemik Covid-19 ini dia mengambil cakna tentang permasalahan kanak-kanak, wanita dan keluarga yang tidak bernasib baik seperti isu kekangan wang untuk makan, isu wanita menjadi mngsa pvkul isteri dan sebagainya.
Bekas CEO Yayasan Kebajikan Negara ‘Terkedu’ Penggambaran Rina
Bekas CEO Yayasan Kebajikan Nasional Negara, Che Asmah Ibrahim melahirkan rasa ‘tidak percaya’ apabila Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita Rina Harun menjadikan pejabatnya sebagai studio untuk penggambaran fesyen.
Beliau turut membuat perbandingan situasi di pejabat kementerian itu ketika berada di bawah teraju Dr Wan Azizah Wan Ismail, di mana pejabat itu sentiasa sibuk dengan urusan perbincangan polisi dan undang-undang.
“Bukan nak backup kawan tapi…” – Ada Netizen Samakan Rina Harun Dengan Syed Saddiq, Ini Respon Co-Founder Parti Muda
Selepas menunjukkan transformasi diri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil membuat sesi fotografi
Foto yang menampilkan beliau memakai baju kurung Pahang klasik itu viral apabila ia dikongsikan oleh seorang pereka fesyen terkenal.
Disebabkan itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam ada juga yang anggap ia bukanlah satu perkara yang harus dijadikan isu memandangkan ada ‘menteri’ sebelum ini juga pernah melakukan sesi fotografi.
Bukan nak backup kawan tapi
Ada pihak ‘ungkit’ bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq yang juga pernah menjalani sesi penggambaran sebelum ini.
Disebabkan pertikaian terhadap pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu viral, ia membuatkan co-founder parti tersebut, Lim Wei Jiet tampil untuk membidas pertikaian tersebut.
Menurut Lim Wei Jiet, Syed Saddiq melakukan penggambaran bukan saat beliau menyandang jawatan sebagai menteri, tetapi sebelumnya.
Katanya lagi, saat penggambaran ini dijalankan, waktu itu bukanlah ketika pandemik di mana rakyat kebuluran perlukan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.
Tambahnya lagi, ahli politik membuat sesi fotografi ini sebenarnya tidak akan menjadi satu isu kalau..
Kenyataannya mendapat sokongan netizen, mereka berpendapat bahawa ada sahaja menteri/ahli politik melakukan sesi fotografi baik dari dalam mahupun luar negara.
Namun begitu, ramai juga yang memuji dengan penampilan baru Rina Harun yang cukup mempersonakan apabila memakai busana tersebut.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : trendingsangat.pw