Home Petua Tips “You Guys Make Bata Looks So Classy..” – Wargamaya Memuji Fattzura Menaikkan...

“You Guys Make Bata Looks So Classy..” – Wargamaya Memuji Fattzura Menaikkan Standard Bata

82
0

Pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin (Fattzura) telah dilantik sebagai duta jenama Bata bagi beberapa koleksi sejak tahun lalu. Namun, nama mereka mula trending tahun ini apabila isu selipar ‘Muslim friendly‘ tular hasil kolaborasi seorang selebriti popular bersama sebuah jenama selipar. Wargamaya mula membandingkan kedua-dua jenama itu di Twitter dan berkata jenama Bata lebih selesa dipakai dan harganya juga mampu milik. Rata-rata berkongsikan gambar kasut dan selipar jenama Bata yang mereka ada di laman sosial.

Tahun ini, dapat kita lihat kolaborasi Fattzura dan Bata lebih meriah di mana pelbagai acara dilakukan termasuklah memberi kasut Bata percuma kepada anak-anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri. Terbaru, Fazura ada berkongsikan video iklan bata yang dilakonkan olehnya dan suami, Fattah Amin, di laman Instagram miliknya.

Di dalam iklan tersebut, pasangan ini dilihat mempromosikan kasut jenama Bata yang sesuai digunakan untuk semua acara termasuklah kasut yang nampak elegan untuk ke acara-acara formal dan mewah. Walaupun kasut jenama ini harganya lebih murah berbanding dengan kasut berjenama yang lain namun mesej yang ingin disampaikan adalah ianya berkualiti dan bervariasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Meninjau ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata berkata bahawa pasangan ini berjaya menaikkan standard kasut jenama ini. “Fazura pakai terus nampak mahal..” itu adalah antara yang dikatakan.

Selain itu, ramai juga yang memuji pasangan yang sama cantik sama padan ini. Kata mereka pasangan ini sangat serasi bersama dan tampak sentiasa merendah diri. Ini menampakkan mereka sebagai pasangan eksklusif. Bak kata wargamaya “Pasangan yang sempurna”. Bila dah orang pun nampak eksklutif, automatik apa sahaja yang mereka pakai turut nampak ‘stylish‘.

Tak kurang juga ramai yang komen berminat untuk membeli kasut Bata selepas menonton iklan ini. Ternyata pemilihan Fattzura sebagai duta jenama Bata adalah tidak salah. Sepanjang mereka menjadi duta, banyak komen yang baik diberikan di media sosial.

Menerusi kapsyen yang ditulis Fazura, dia ada menjelaskan bahawa rakaman iklan berkenaan dilakukan pada Febuari tahun lepas namun baru berkesempatan untuk berkongsikan video itu kepada umum. Si cantik ini juga sempat memberi pesanan buat orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP.

Tak sabar nak tengok lakonan Fazura dan Fattah lagi, mungkin mereka boleh berlakon di dalam satu filem yang sama kan? Apa pun, kita doakan pasangan ini terus diberi kebahagiaan dan keserasian bersama.

Sumber: Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleMenitik air mata jant4n aku lepas tengok anak Amin Idris buat kejvtan video call ketika live
Next articleBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Bersuara Tentang Isu Neelofa Dan Suami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here