Sebagai rakyat Malaysia pastinya rasa teruja apabila makanan dari negara kita ini diangkat oleh orang-orang dari luar negara.
Pasangan YouTuber dari Jepun, dilihat begitu menghargai budaya dan makanan Malaysia apabila dia mengagihkan nasi lemak kepada rakyat Hong Kong sempena sambutan bulan Ramadan.
Dapat tumpuan rakyat Malaysia di Hong Kong
Apa yang lebih menarik lagi, iChangRM bersama pasangannya Jimmy, memberikan bungkusan nasi lemak itu dengan air tangan mereka sendiri. Mereka agihkannya kepada orang ramai di hadapan rumahnya yang terletak di Ma Wan, Hong Kong.
Difahamkan pasangan ini memang gemar dengan makanan-makanan Malaysia, dalam video berdurasi 16 minit itu juga dapat dilihat mereka buat nasi lemak bungkus sendiri from scratch, daripada masak nasi, tumis sambal dan bungkus sendiri.
Jadi, mereka sebarkan berita mengenai agihan itu menerusi komuniti Facebook. Disebabkan itu, ia telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang ada di sana, dalam video dilihat seperti ramai datang dari Ipoh!
Ada seorang rakyat Malaysia bertanyakan iChang sama ada dia ada buat perancangan untuk menjualnya dan dia mengatakan tidak namun dia disarankan oleh individu tersebut kerana kawasan itu ramai orang Malaysia.
Salah seorang penerima menjelaskan bahawa, dia pada ketika itu sedang makan tengah hari dan ternampak post iChang dekat Facebook, dia terus bergegas ke tempat agihan.
“Saya baru je lepas makan tengah hari dan saya nampak post awak. Saya macam NASI LEMAK? Saya pun cepat-cepat habiskan makan, terus bayar dan capai basikal saya untuk kesini.”
Video:
Kesemua 13 bungkus nasi lemak itu habis diberikan dalam masa 20 minit! Dah buat round kedua pun cepat habis!
Menurut WORLD OF BUZZ, ini bukanlah pertama kali iChang RM dan Jimmy menunjukkan rasa cintanya terhadap makanan Malaysia. Sebelum ini, mereka ada ikut cara Sugu Pavithra masak kari ayam.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://lobakmerah.com/