Home Petua Tips Sebenarnya Ada Cerita Kisah Ibu Zahirah Berkenan Pertama Kali Tengok Aiman “Allah...

Sebenarnya Ada Cerita Kisah Ibu Zahirah Berkenan Pertama Kali Tengok Aiman “Allah Makbulkan Kata Kata Saya” – Ibu Zahirah

256
0

Ibu kepada aktres Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff, 46, mendedahkan dirinya terpikat dengan keperibadian aktor Aiman Hakim Ridza selepas menonton drama Girlfriend Aku Dari Ner4ka.

Kata Maslinda, sebelum Zahirah dan Aiman bercinta dia pernah menyuruh anak perempuannya untuk berlakon bersama namun telah ditolak.

Ibu merestui anak

“Mula-mula saya nampak Aiman dalam drama Girlfriend Aku Dari Ner4ka.

Saya cakap dalam hati minatnya tengok Aiman ini.

“Saya bagi ‘hint’ dekat Zahirah.

Saya cakap saya suka lelaki ini sebab nampak sikap dia yang merendah diri.

“Saya suruh Zahirah cuba untuk berlakon bersama-sama. Tapi Zahirah taknak.

“Lepas tu saya dapat tahu mereka berlakon bersama dan timbul detik cinta itu ketika drama Cvri-Cvri Cinta.

Alhamdulillah, masin mulut saya.

 

Selamat Diijab kabul

Allah makbulkan kata-kata saya. Saya memang berkenan sangat dengan Aiman,” katanya kepada Gemp4k.

Tambah Maslinda, dia tidak dapat menggambarkan perasaan gembira selepas melihat puteri kesayangannya menamatkan zaman solo.

“Aiman seorang yang baik, saya nampak dia boleh jaga Zahirah dengan baik.

“Saya bangga lihat mereka boleh sampai hingga tahap menjadi suami isteri. Mereka sepadan justeru ditakdirkan untuk hidup bersama,” katanya lagi.

Zahirah dan Aiman berkahwin pada jam 9.00 malam semalam di Mercu Mustafa Kamal, Damansara.

Sumber : gempak

Previous article“Saya Tak Tahu nak Mula Dimana Dan Berat Utk Saya Luahkan” Selepas 4 Hari Berlalu Ibu Arwh Ashraf Sinclair meluahkan Sesuatu
Next articleSekian Lama Berdiam Diri Akhirnya Balu Arwh Abam Siti Nurhidayah Tampil Bersuara Sesuatu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here