” Pentadbiran Hans dalam Finas tidak mesra persatuan, kecuali persatuan yang terpilih saja.
Sepatutnya sebagai pemimpin dalam agensi kerajaan, tugas utama dan peranan pengerusi ialah menyatukan seluruh industri seni Malaysia,”
Itu jawapan balas Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) apabila menyarankan Hans Isaac supaya melepaskan jawatannya sebagai sebagai pengerusi Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta-merta sebagai langkah menyelamatkan industri kreatif Malaysia dari “hancur.”
Gesaan itu dibuat berpunca daripada kenyataan Hans sewaktu ditemu bual Melodi dan disiarkan pada 19 Jan lalu yang dianggap memperlekehkan peranan Seniman dalam memperjuangkan nasib anggotanya.
Seniman dalam kenyataannya mend4kwa, tindak-tanduk Pengerusi Finas itu lebih banyak mendatangkan unsur neg4tif berbanding positif selain memecah-belahkan penggiat industri.
” Justeru, Seniman mencadangkan supaya Hans meletakkan serta-merta jawatan sebagai pengerusi merta sebagai tindakan yang lebih terhormat dan mulia daripada melihat agensi itu h4ncur.
” Ini sekaligus menyelamatkan industri kreatif Malaysia daripada terus layu di bawah kepimpinan beliau,” menurut kenyataan yang disiarkan di media sosial.
Dalam kenyataan disiarkan Melodi itu Hans mend4kwa Seniman tidak melaksanakan tugas dengan baik tetapi hanya bijak berkata-kata selain hanya tahu menjual nombor plat kenderaan saja.
” Seniman buat apa selama 28 tahun saya jadi pelakon? Nothing. Dia jual nombor platlah. Apa saya dapat sebagai seorang pelakon? Ni bukan sebagai pengerusi Finas tapi sebagai seorang pelakon.
” Seumur hidup dia hanya pandai komen, komen, komen (dan) kadang-kadang m4rah. Saya ada perasaan, buat kerja dengan ikhlas. Jenama saya dari dulu bersih, apabila keadaan macam ni berlaku, sudah tentu ia mengecewakan.
” Kalau nak komen lebih, jumpa peguam saya, settle-lah,” kata Hans dalam program itu.
Seniman dalam kenyataannya turut terkejut dengan kenyataan Hans yang dianggapnya bersifat peribadi, tidak profesional, mengaiibkan serta agkuh
” Sangat tidak profesional seorang pengerusi cuba memprlekeh dan meng4ibkan sebuah persatuan yang telah banyak berjasa dan membantu Finas selama ini,” menurut kenyataan itu.
Menjawab pertuduhan Hans, Seniman berkata, Hans tidak mungkin mengetahui atau memahami usaha sudah dilakukan persatuan itu kerana beliau jarang muncul di mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka.
” Amat jarang sekali kami melihat beliau menghadiri AGM yang dilakukan oleh pihak persatuan bagi menerangkan pelbagai laporan mengenai aktiviti serta perancangan persatuan setiap tahun.
” Kami menafikan seker4s-ker4snya dakwaan beliau bahawa Seniman tidak pernah melakukan apa apa kepada ahli-ahli dan dirinya selama ni,” kata kenyataan itu.
Mengulas berkenaan nombor plat kenderaan, Seniman berkata, kewangan adalah rint4ngan terbesar perlu dihadapi persatuan, justeru ia dilakukan atas dasar persatuan tidak mempunyai sumber kewangan lain bagi membantu kebajikan ahli-ahlinya.
” Adakah beliau sedar persatuan tidak mempunyai sumber bagi membantu ahli-ahlinya? Adakah beliau tahu presiden Seniman terdahulu di bawah Mustafa Maarof pernah mendapatkan jam kredit pada Radio Televisyen Malaysia untuk mencari sumber kepada persatuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan dan membantu ahli-ahli Seniman yang memerlukan?
” Adakah tujuan Presiden terkini, Zed Zaidi, mendapatkan plat nombor Seniman bagi tujuan yang sama adalah perkara yang salah pada pandangan beliau?
” Mungkin di sini Hans tidak mempunyai pengalaman mentadbir sebuah persatuan yang besar dan mempunyai rint4ngan yang amat menc4bar,” katanya.
Seniman pada masa sama juga mempertikaikan apakah peranan sudah dilaksanakan Hans sebagai pengerusi Finas sepanjang setahun pentadbirannya dalam agensi berkenaan.
” Apa perancangan beliau untuk membantu persatuan-persatuan yang berkait rapat terhadap pembangunan industri kreatif? Sepanjang setahun ini apa hasil kerja beliau?” menurut kenyataan itu.
Seniman juga berkata, Finas di bawah pimpinan Hans didapati memperjuangkan dasar sama yang sudah lama dibawa oleh persatuan sedia ada.
” Sekadar mengumumkan beberapa perkara yang telah diperjuangkan oleh persatuan, adakah fungsi dan peranan Finas kini sudah bertukar menjadi fungsi dan peranan persatuan?
” Adalah lebih baik Finas memikirkan bagaimana mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bagi membantu penggiat seni yang tidak mempunyai peluang pekerjaan yang banyak,” kata persatuan itu lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini