Home Petua Tips Zizie Izette Beraya Bersama Madu, Netizen Puji Rapat Macam Adik Beradik –...

Zizie Izette Beraya Bersama Madu, Netizen Puji Rapat Macam Adik Beradik – ‘Kaum Adam Yang Teringin Janganlah Cembvru’

97
0

Tidak ada insan di dunia ini yang mahu berkongsi kasih. Biarlah bercinta, bernikah dan berakhir tanpa kewujudan orang ketiga.

Namun, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk melawan takdir Allah SWT.

Biarpun tidak berkongsi secara mendalam tetapi hantaran aktres Datin Seri Zizie Izette di Instagram (IG) bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin mencuri tumpuan wargamaya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Zizie, 43, menyatakan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak meminati wanita kurus.

Dalam pada itu, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad berseloroh kepada kaum lelaki untuk menuntut tips daripada ahli politik terbabit sekiranya ingin berkahwin lebih daripada satu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat keakraban Zizie bersama madunya. Ada juga segelintir netizen yang meminta pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini berkongsi petua menjaga rumah tangga.

@prettylina76: Bagusnya dah macam adik beradik.

@aisy_rose: Boleh tak bila-bila kongsi apa tips datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga. Saja la nak tau..

@z4ir3n4: Terbaik jaga hati.

@murnie_tahar: Bestnya keluarga ini. Moga terus dikurniakan kebahagiaan.

Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Sumber: Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.viralkamipress.dnqj.my/

Previous article“Dah Sembilan Jen4zah Dia Mandikan”- Ajak Syukur Anak Dah Pandai Uruskan Jen4zah
Next articleKasih seorang ayah tiri, sayang macam anak kandung… air m4ta Syawal ibu terima hadiah hari jadi lukisan wajah arw4h

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here