Bukan calang-calang hadiah! Pelakon, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Gayatri, penerbit berusia 46 tahun itu memuat naik sepotong video menunjukkan keterujaannya menerima hadiah kereta mewah berwarna hitam tersebut.
“Saya kehilangan kata-kata, tak pernah terbayang yang saya akan dapat hadiah hebat seperti ini.
“Terima kasih Zul Ariffin dari sudut hati saya yang tulus,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Gayatri dikenali sebagai antara individu yang banyak membantu menaikkan kerjaya lakonan Zul, 36, sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Sangkar.
Video:
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, beberapa rakan selebriti seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Zalif Sidek turut tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Gayatri.
Zul turut meninggalkan komen di posting tersebut, “Yay” bagi meraikan keterujaan rakan baiknya itu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: MH